Home
|
Testimonies
|
Advs
|
News
|
Updates
|
Activities
|
Products
|
Member
|
Info
Perutusan Pengerusi

Asalamualaikum dan salam sejahtera,
SESUNGGUHNYA syarikat merasa amat terharu dengan sokongan yang diberikan oleh kebanyakan leader dari seluruh negara terhadap musibah yang menimpa kita baru-baru ini.
Syarikat mengucapkan terima kasih atas sokongan yang tak berbelah bagi itu, namun tetap ada segelintir yang menyalahkan syarikat dengan mengirim SMS dan sebagainya. Mereka ini sesungguhnya lupa pada janji Allah bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Mulai saat ini marilah kita bersama bangun semula seperti Jepun yang membina kejayaan atas keruntuhan Hiroshima. Buang yang keruh…, ambil yang jernih dan jadikan musibah itu sebagai batu loncatan untuk kita menuju puncak.
Salah menyalah tidak membawa apa-apa. Sama-sama kita bergerak kerana masih ada ruang, masih ada cahaya di hujung terowong. Kini produk Extremen formula baru sudah boleh diperolehi. Syarikat mengambil sedikit masa untuk mengeluarkan produk baru kerana berhati-hati agar pisang tidak berbuah kali.
Saya doakan agar kejayaan sentiasa memihak kepada rakan-rakan niaga BYG di seluruh Nusantara.
Sekian, terima kasih. Selamat maju jaya!
- Dato Raja Ahmad Niza Raja Ismail
Pengerusi BYG Worldwide Bhd.
|