Home
|
Testimonies
|
Advs
|
News
|
Updates
|
Activities
|
Products
|
Member
|
Info
Perutusan CEO

Salam sejahtera,
TERIMA kasih kerana masih setia bersama BYG. Sokongan anda semua menguatkan semangat kami untuk terus mendepani cabaran yang datang.
Sememangnya antara kita saling perlu memerlukan - bagai aur dengan tebing, bagi mengorak langkah seiring. Cabaran perlu dihadapi, badai perlu dirempuh kerana kita yakin kebenaran tidak pernah memihak.
Kita harus berani mendepani cabaran kerana tanpa cabaran hidup tak bermakna. Kehidupan memang begitu, selalu tercalar atau dicalar Usah bimbang kerana kita sudah mendirikan rumah di tepi pantai, hadapilah sekalipun dilambung ombak!
Syarikat dalam proses melahirkan produk baru di samping mengekalkan produk sedia ada. Ini tentunya menggembirakan leader-leader yang serius mahu berjaya dalam perniagaan.
Bagi produk Extremen Formula Baru, syarikat telahpun menerima laporan ujikaji daripada Doping Centre USM, Pulau Pinang yang
Menjelaskan bahawa produk kita itu tiada bahan terlarang.
Ini khabar yang cukup gembira buat kita semua yang bererti Extremen Formula Baru sudah boleh berada di pasaran.
Yang berlalu biar berlalu, kita hadapi bersama masa depan yang masih luas. Usah gusar dengan apa yang berlaku kerana airmata tidak mengubah apa-apa. Sama-sama kita melihat ke depan kerana dunia masih luas. Berputus asa bukan budaya kita. Kita harus bangun selepas jatuh kerana jatuh bangun adalah makanan hidup.
Ingatlah..., when life gives us a thousand reasons to cry, show that we have a million reasons to smiles!
Sekian, terima kasih.
Kenny Yang
- Ketua Pegawai Eksekutif
|